Jumaat, 30 Mac 2012

Bicara kalbu buat anakku dan keluargaku.

Rasanya begitu lama jari ini tak mengutarakan rasa yang terbuku di minda. Selama ini aku asyik menatap setiap luahan blog insan lain. Maklumlah tahun mendekati pru ni best gak menjengah blog insan lain. Tapi semakin aku jauh kedalam melihat semua tulisan para teman bloger,wow yang kutemui kata benci sahaja.

Sejenak, aku termanggu berfikir mengapalah manusia hari ini asyik saling membenci. Mengapa rasa aku yang "betul engkau tak betul" ada dalam jiwa manusia . Aku renungi tatapi hayati ,tak kira imej apa sekalipun islamic atau sebaliknya sama sahaja. Aku masih ingat masa aku kanak-kanak dahulu ibu dan ayahku pernah berkata.

   "nak jangan suka mengata orang lain,
   "nak jangan suka memburukan orang lain,
   "nak jangan suka ambil tahu hal orang lain
   "nak jangan suka meniru gaya orang lain,
   "nak buruk orang jangan dikutuk jangan diikut baik orang kena waspada.

Banyak lagi pesan arwah ibu ayahku yang masih tersemat tak mampu aku nukilkan disini. Apa yang pasti hari ini bila aku mewarisi zamannya, baru aku faham apa yang tersirat disebalik pesannya. Benarlah kata pujangga masa mendewasakan kita. Semakin usia berganjak maka semakin kita akan megenali siapa kita.

Disebalik warisan ini aku sematkan juga pesan keramat ini pada anakku walau dalam usia yang cukup muda.
Cuma aku jadi terkedu pabila pernah satu ketika anakku yang usianya baru 3 tahun 4 bulan bertanya
"ayah, pehal ayah cita buruk orang dosa tau. Ayahkan pernah cakap kita tak boleh cita pasal orang lain." wah... rasanya kepalaku seperti dihentak dengan sesuatu. Dalam kepala ingat nak cakap macam ni "nak ayah tengok orang pakai serban pun cita buruk orang". Tapi terasa jawaban itu tak sesuai. Apatah lagi memandang kedudukanku sebagai pemimpin bagi keluargaku. Huuuh pening aku. Terpaksa dalam bahasa yang indah aku syairkan anakku dengan ungkapan kita manusia ni ada salah dan silap. Anakku bertanya lagi "maksud ayah". Aku katakan padanya' "Allah bagi kita akal dan nafsu, bila ayah cita buruk orang lain ayah ikut nafsu tak guna akal. Sebab tu ayah nak pesan kalau nak katakan sesuatu jangan ikut  
nafsu, sebab atok dulu ada pesan ikut nafsu binasa ikut hati mati". Dalam hati aku berkata "betul ke tak jawaban aku ni". Aku cuma berharap agar yang terbaik untuk anakku seperti mana harapan arwah ayah dan ibuku dulu terhadapku. Dengan khalimah basmalah aku memohon kepadamu ya Allah, engkau tempatkan roh kedua insan kesayanganku disisi roh orang-orang yang beriman. Ya Allah engkau terimalah segala amal kebaikan yang pernah ibu bapaku lakukan masa hayatnya. Amin.