Khamis, 16 Jun 2011

BENAR KATA ORANG AYAHKU

  Ya Allah ampunkan segala dosa ayah dan ibuku engkau tempatkanlah roh keduanya di tempat orang-orang yang beriman. AMIN YA ALLAH...
Dua hari yang lalu aku demam,selang sehari intanku pun demam, hatiku berkata ya memang benar kata almahrum ayahku "antara anak dan ibu bapanya ada satu tarikan makrifat yang sukar di mengerti dengan mata. Walau jarak yang jauh memisahkan kami tapi kesakitan yang kurasa turut sama dirasakan intanku. Mungkin ada yang berkata, bahawa sekarang musim demam. Kenyataan itu benar tapi dalam konteks apa yang dilihat oleh mata. Bagi yang mengerti tentang apa itu naluri pasti akan tahu perkara yang aku katakan.
Natijahnya kata orang lama termasuk ayahku memang benar sebenarnya. Sebelum ini kata-kata almarhum ayahku, sukar ku percaya tapi setelah melalui dunia yang sama segalanya ku yakini. 
Pada saat ini bila aku melihat insan lain yang tak tahu menilai ibu bapanya aku akan berkata dalam hati satu hari bila keduanya telah tiada, kamu akan tahu sesungguhnya darahnyala yang mengalir dalam tubuhmu kedukaan mereka sebenarnya kedukaan kamu akhirnya mereka sebenarnya awalnya kamu menggantikannya.
  Ya ALLAH YA RABBI ampukanlah segala dosa-dosa ibu bapaku, jadikanlah pewaris keturunan kami menjadi orang-orang yang beriman Amin YA ALLAH.

Jumaat, 10 Jun 2011

Airmata Kerinduan

  Malam ni aku susah sangat nak tidur. Pejam mata tapi otakku tetap tak dapat rehat, wajah kesayanganku sentiasa terbayang dimata. Dah sebulan aku berjahuan dengannya, balik kampung da... Setiap malam kucing kesayangannya berada disisiku seolah turut sama merindui tuannya. Apakan daya hukum alam memisahkan kita buat seketika.

Tapi dalam aku berkhayal, saat yang tak dapat aku lupakan tika intanku ini pertama kali ku bawa menziarahi pusara bondaku. Dalam pada aku sibuk mencari pusara ibuku yang dah bertahun tak kukunjungi intanku ini bertanya "ayah ini umah nenek ke? aku jawab ya. Tapi intanku ini bertanya lagi, abih nenek mane, apehal umah takde atap lidahku kelu aku hanya mampu menitiskan air mata. Dalam hatiku hanya berkata "ibu hari ini aku datang membawa cucumu menziarahi ibu tapi sayangnya kita berada dalam dunia yang berbeza. Intanku ini masih terlau kecil untuk mengerti. Alfatihah buatmu ibu moga roh ibu dicucuri rahmat amin.

Selasa, 7 Jun 2011

Mobil Rusak Lagi@ JASA KEPADA RAKYAT

  Wah pening aku jadi orang kecil. Ada mobil tapi selalu buat hal. Hari ni bearing tayar rosak lagi. Semalam aku dah ganti belah kiri tup-tup on the way balik sebelah kanan plak buat hal. Dengar bunyi dah tau mesti bearing lagi yang kena. Susahnya jadi orang kecil kalau orang besar bearing tak berapa sangat la baru rm 25.00 tapi bagi orang sepertiku tinggi nilai tu biasa hidup di bandaraya. Tapi nak buat camna, kena beli juga.
   Dalam pada aku nak pegi beli bearing tu terfikir dalam hati camana bearing kereta kat KL ngan Selangor ni tak selalu rosak  kalau jalan macam jalan kampung. Nama gah dengan panggilan kotaraya, tapi try drive dari pusat bandar Puchong sampai sungai besi airport lalu masuk selayang terus ke bangsar ikut jalan trevers tahula camana rasanya. Kalau setakat guna iswara cnfrm skru banyak yang longgar. Tak caya tanya abang-abang teksi. Nak ketat skru kalau belah atas tak guna kos, sebab sendiri boleh buat kalau bawah camana? Pulus jawabnya.
   Bila difikirkan, orang atas ni pernah tak lalu jalan ni. Tp otak aku kata" la... dorang tu pakai mercy jadi jalan tak elok mana ada rasa" . Lagipun klo rosak takda hal pulus senang dapat lo... Macam ni adil juga sebab jalan kampung  ngan jalan bandar lebih kurang sama barula SATU MALAYSIA.

Isnin, 6 Jun 2011

Hari ini aku macam semalam.

  Semalaman aku tak tidur, asyik menyelusuri semua bloger yang ada. Sampai pada bloger yang menjadi idolaku aku jadi teruja untuk terus membaca ulasan beliau. Tertarik amat tertarik aku dengan cara beliau mengulas setiap isu yang berbangkit. Hebat bukan hanya seorang lawyer tapi bijak berhujah dalam isu yang berkaitan dengan keagamaan.
 Allah menciptakan manusia yang bijak untuk berhujah dalam apa keadaan pun sampai mampu melondehkan orang yang merasa dirinya terbaik dalam politik malaysia. Kesian orang itu asyik menghadapi masaalah dari mula terkena sampai ke hari ini.
  Dalam pada mataku mula terasa pedih sebab dah mengantuk otakku sempat berfikir dengan ligat, hebat sungguh orang besar ini kata-katanya mampu membuai setiap orang terutama orang kecil hingga orang kecil terlena dengan kesyahduan ungkapannya. Nasib baik aku tercipta jadi orang kecil kalau tak terpaksalah aku berguru dengan mereka untuk menjadi bijak berkata-kata walaupun banyak bohong dah. 

Ahad, 5 Jun 2011

Aku orang kecil engkau orang besar

Sudah ditakdirkan ada orang yang dilahirkan dengan kesenangan sejak dari dalam perut sampai kenal dunia.Aku plak lahir je alamak orang tua ku bukan dari manusia yang diberi kesenangan di dunia. Tapi aku bersyukur diberi nikmat lengkap seperti manusia biasa.Aku rasa bersyukur yang sesungguhnya orang tuaku bukan orang berada. Kalau tak aku rasa aku tak tahu cabaran sebenar dalam meniti hidup di dunia ni. Aku mungkin akan jadi angkuh bila melihat orang yang dalam keperitan malah meluat bila melihat mereka. Ditakdirkan keperitan hidup yang kulalui masa kecil menjadikan aku ingin keluar dari dunia itu.Ditakdirkan juga keperitan itulah yang manjadikan aku rasanya lebih berpengalaman dalam apa keadaan yang memerlukan aku mencari jalan keluar dari masalah itu.
Tapi aku tak jadi orang besar aku tetap jadi orang kecil bezanya aku senang hasil titik peluh bukan hasil derita orang kecil. Orang besar tetap dengan dunianya bergaya dengan kemewahan yang dicipta hasil orang kecil. Orang kecil mengagungkan orang besar tapi aku tak mahu. Pada aku orang kecil orang besar adalah satu adunan yang memerlukan. Orang besar takkan wujud tanpa orang kecil tapi sayangnya orang besar bila dah besar tak sedar diri malah merasa orang kecil itu beban baginya.