Lama rasanya jari ini tak bergerak atas keyboard usang ni. Bukan kerana letih, tapi kerana sibuk sepanjang masa dengan dunia. "Dunia ini panggung sandiwara" aku rasa amat sesuai dengar lagu ni time ni.Dengar lagu sambil luah perasaan dengan dashboard huk...huk.
Ceritaku kali ini bukan tentang kenangan lalu mengusik kalbu tapi kawan lama tersua semula sejak bertahun tak bertemu. Beberapa bulan yang lalu aku pulang ke kampung halaman sejak bertahun tak pulang (biasa ada kesla) akhirnya bertemu semula dengan teman-teman seguruku masa remaja. Alamak! banyak perubahan pada mereka. Raut waja semakin matang, tingkah laku berubah dan ekonomi pun matang juga.
Selama lebih kurang tiga hari aku di kg sepanjang hari asyik keluar dengan mereka. Tapi dalam asyik berjalan tu yang menariknya menjelang senja akan pulang ke rumah (biasa takut bini katakan). Bagaimanapun, paling menarik dan membuat aku teruja bila jalan dengan geng lama ni, kalau dulu dengar suara adzan, gerakan (jalan) akan diteruskan. Tapi pada hari itu, adzan je member yang bawa keta terus pusing cari surau. Wah... hebat teman-temanku ini.
Masih aku ingat, masa remaja dulu kalau geng kami ni masuk kawasan sekolah dah tentu muka guru, lain masam nengok . Tapi sekarang, ingin aku jeritkan pada mereka "lihatlah! segalanya sudah berubah" ya memang benar kata bijak pandai hari ini akan berlalu esok akan datang dan yang pasti masa lalu dah berlalu.
Aku bersyukur yang sesangatnya pada Ilahi akhirnya teman-temanku ini menemukan siapa diri mereka.
Saudaraku, sekalian sesungguhnya ingin aku meluahkan rasa kagum yang sangat tapi rasanya baik aku pendam cukuplah Khalid yang tahu rasa syukurku padaNya. Cuma pesanku teguhkan ia sepanjang masa jangan dilalai walau nikmat dunia dikecapi. Hindari "dunia ini panggung sandiwara".