Rabu, 3 Ogos 2011

RAMADHAN BULAN IBADAH

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, rasa syukur yang sesungguhnya kerana Allah masih memberi masa yang amat berharga iaitu bernafas di bulan ibadah ini. Andainya kencintaanya yang lebih memisahkan kita dengan bulan ibadah ini aku rasa satu kerugian yang teramat-amat tinggi.

Bulan yang penuh barakah ini memberi seribu ruang untuk kita mendekatkan diri dengan pencipta. Bila semalam aku lihat teman-teman ku yang lain agak ganas tapi hari ini alhamdulillah berubah menjadi manusia yang cukup baik. Ini menjadikan aku semakin kerdil rasanya dalam bulan ibadah ini.

Kalau dulu ada temanku asyik keluar malam dengan dunia hiburannya (karaoke) kini berehat kerana bulan barakah ini. Wah indahnya bulan yang Allah tempatkan didalamnya ada malam lailatulqadar. Kalau dulu ada temanku yang tahu tentang hukum tapi tetap tinggalkan sholat kini segalanya telah berubah. Dijaga segala waktu limanya tanpa sebarang alasan.
Ya Allah seketika aku termanggu merenung betapa teramat besar keagunganMU.
Ya Allah disatu sisi kau ciptakan waktu untuk hambamu melakukan perkara yang kau murkai tapi disisi yang lain kau beri ruang untuk waktu kemaafan. Allahhu Akbar....Aku jadi bertambah semakin kerdil bila memikirkan tentang ini. Aku bayangkan seandainya dalam tempoh masa kemaksiatan berlaku dalam hidupku, lalu Allah Menjemputku pulang betapa ruginya aku. Betapa ruginya kita yang hanyut dalam kemanisan ciptaan syaitan laknatullah.
Ramadhan, sesungguhnya kehadiranmu teramat aku nanti dalam usia ku yang semakin mengenali apa erti baraqah. Semakin aku sering melewati masamu, semakin aku mengerti apa erti kenikmatan dalam beribadah. Aku memohon kepada Penciptaku kekalkan ibadah dalam jiwaku, kekalkan aku dan teman-temanku seperti ini di bulan-bulan yang lain. Dekatkan hati-hati kami kepadaMu, walau dipujuk rayu dengn janji iblis yang indah. amin ya Allah.....

Rabu, 13 Julai 2011

Berduet denganmu

Terasa longlai jasad ini berjalan denganmu. Hati tak mampu untuk meluah yang pasti senyum dan tawa hanya sandiwara menutupi rasa malu yang mendalam. Aku tahu siapa aku disisimu. Tapi izinkan aku meleraikan  apa yang terbuku dikalbu.
   Kesudianmu untuk bersama mengalunkan irama "jangan menangis sayang" membuatkan aku tak mampu untuk berkata. Hanya menurut mengikut alunan irama yang ko dendangkan. Aku tahu bagimu lagu itu hanyalah lagu mungkin, tapi bagiku lagu itu adalah luahan rasa hatiku yang sebenar. Irama melankolik berbait kata-kata indah tanpa hiperbola menjadikan aku tewas dalam khayalan. Ingatkah kau dengan ungkapan ini "jangan menangis sayang usah pergi dulu, tak sanggup rasanya aku berjahuan darimu", sayu aku sayu hanya ungkapan itu yang mampu aku luahkan. Insan lain yang mendengar mugkin tak faham atau buat-buat tak faham tapi dari raut wajah mereka terserlah kecurigaan .
   Ingin aku ceritakan pada mereka tapi aku malu. Malu yang teramat. Siapa aku dipandangan mereka. menongkah arus yang deras tanpa sirip yang utuh. Kesian! Kukatakan pada hatiku"berkhayalla kau sehingga masa ini berlalu,jangan lafazkan apa yang kau pendam, biarlah hanya jiwa dan hati ini yang tahu. Biarlah hanya irama ini yang faham apa yang terbuku dikalbumu. Sedang jiwaku hanyut dalam hayalan ko minta kita mengalunkan lagu "jangan pisahkan".
   Hatiku bertambah parah bila lagu ini kita dendangkan. Terasa di jiwa ini ko tahu bahawa aku sesungguhnya tak sanggup untuk berpisah denganmu. Tapi hatiku berbisik, "sesungguhnya temanmu ini hanya melafazkan tiap bait dalam lagu. Katakan pada jiwamu alamnya terlalu jauh untuk menyatu". Aku tekedu lagi. Ah... riang apakah malam ini. Penuh dengan metafora sehingga otakku tak mampu untuk mencerna hakikat yang ada dihadapan.
   Sedang fikiranku berkecamuk dengan persoalan, aku terus menuruti kemahuanmu. Ku alunkan tiap bait lagu yang kau mahu tanpa sebarang persoalan. Dalam setiap nada lagu yang kau nyanyikan, aku serapkan dengan alunan suaraku agar dapat menyatu dengan iramamu. Sedang ko leka bermain nada aku hanyut dengan lirik lagu yang kita dendangkan. "jangan pisahkan aku dan dia, tuhan tolongla ku cinta dia biarkan kami hidup bersama di dalam suka dan duka". Hatiku berkata "sesungguhnya aku tak sanggup untuk berpisah denganmu walau sedetik pun. Sesungguhnya aku mahu malam ini biarlah ia bertambah masanya. Tapi sayang masa dan waktu tidak pernah bertanya kepada aku adakah perlu beredar atau belum. Masa akan terus pergi tanpa menoleh pada insan yang amat memerlukan masa diwaktu itu. Masa tak pernah bertanya adakah kau mahu aku pergi waktu ini atau tunggu sehingga kau bahagia. Hakikatnya hanya aku yang terdesak menghalang masa tapi ia takkan mungkin terjadi pastinya ia akan pergi seiring dengan perginya waktu keriangan, khayalku.
  Akhirnya malam itu berakhir juga dengan perpisahan. Siapalah yang tahu apa yang terbuku dihati ini. Kita beredar setelah bermain dengan metafora tanpa luahan rasa yang sebenar hanya meluah mengikut lirik yang tertulis. Sebelum berakhir masa itu, aku minta untuk mengalunkan lagu "terlanjur menyintaimu". Aku tak pasti adakah kau faham atau tidak apa yang kuluahkan mengikut lirik yang diilhamkan penulisnya. "Kau bandingkan ku dengan kekayaan, ternyata aku ketinggalan walau ikhlas menyintaimu, kau hina tanpa rasa simpati masih kedengaran nista yang kucari, baru kini aku sedari bukan mudah untuk melewati."
  Tirai malam hampir berlabuh kita terpaksa beredar. Kulihat matamu bergenang tapi aku rasa cuma airmata mengantuk kot. Haa.haa... kupaksakan jasad ini untuk tertawa agar kau tak mampu membaca bahasa jiwaku.
   Andai satu waktu kau melewati luahan ini aku ingin berpesan denganmu bahawa bila kau sudi untuk mengalunkan puisi bersamaku aku rasa puisi yang sesuai ialah,
  
"RINDU YANG TERLARANG"
                 
SEKIAN LAMA SUDAH
KITA TLAH BERPISAH
KURASA KINI ENGKAU
TAK SENDIRI LAGI
AKU PUN KINI JUGA 
SEPERTI DIRIMU
SATU HATI TELAH MENGISI HIDUPKU
TAK PERLU ENGKAU TAHU 
RASA RINDU INI
DAN LAGI MUGKIN
KINI KAU TELAH BAHAGIA
NAMUN ANDAI KAU DENGAR
SYAIR LAGU INI
JUJUR SAJA AKU 
SANGAT MERINDUKANMU
MEMANG TAK PANTAS MENGHAYAL
TENTANG DIRIMU
SEBAB KAU TAK LAGI 
SEPERTI YANG DULU
KENDATI BERAT 
RASA RINDUKU PADAMU
BIARKAN KUHALANG
RINDUKU TERLARANG
BIAR KUSIMPAN SAJA
BIAR KUPENDAM SAJA
TERLARANG SUDAH 
RINDUKU PADAMU

Aku rasa puisi ini bersesuian untuk kita.

  

Khamis, 16 Jun 2011

BENAR KATA ORANG AYAHKU

  Ya Allah ampunkan segala dosa ayah dan ibuku engkau tempatkanlah roh keduanya di tempat orang-orang yang beriman. AMIN YA ALLAH...
Dua hari yang lalu aku demam,selang sehari intanku pun demam, hatiku berkata ya memang benar kata almahrum ayahku "antara anak dan ibu bapanya ada satu tarikan makrifat yang sukar di mengerti dengan mata. Walau jarak yang jauh memisahkan kami tapi kesakitan yang kurasa turut sama dirasakan intanku. Mungkin ada yang berkata, bahawa sekarang musim demam. Kenyataan itu benar tapi dalam konteks apa yang dilihat oleh mata. Bagi yang mengerti tentang apa itu naluri pasti akan tahu perkara yang aku katakan.
Natijahnya kata orang lama termasuk ayahku memang benar sebenarnya. Sebelum ini kata-kata almarhum ayahku, sukar ku percaya tapi setelah melalui dunia yang sama segalanya ku yakini. 
Pada saat ini bila aku melihat insan lain yang tak tahu menilai ibu bapanya aku akan berkata dalam hati satu hari bila keduanya telah tiada, kamu akan tahu sesungguhnya darahnyala yang mengalir dalam tubuhmu kedukaan mereka sebenarnya kedukaan kamu akhirnya mereka sebenarnya awalnya kamu menggantikannya.
  Ya ALLAH YA RABBI ampukanlah segala dosa-dosa ibu bapaku, jadikanlah pewaris keturunan kami menjadi orang-orang yang beriman Amin YA ALLAH.

Jumaat, 10 Jun 2011

Airmata Kerinduan

  Malam ni aku susah sangat nak tidur. Pejam mata tapi otakku tetap tak dapat rehat, wajah kesayanganku sentiasa terbayang dimata. Dah sebulan aku berjahuan dengannya, balik kampung da... Setiap malam kucing kesayangannya berada disisiku seolah turut sama merindui tuannya. Apakan daya hukum alam memisahkan kita buat seketika.

Tapi dalam aku berkhayal, saat yang tak dapat aku lupakan tika intanku ini pertama kali ku bawa menziarahi pusara bondaku. Dalam pada aku sibuk mencari pusara ibuku yang dah bertahun tak kukunjungi intanku ini bertanya "ayah ini umah nenek ke? aku jawab ya. Tapi intanku ini bertanya lagi, abih nenek mane, apehal umah takde atap lidahku kelu aku hanya mampu menitiskan air mata. Dalam hatiku hanya berkata "ibu hari ini aku datang membawa cucumu menziarahi ibu tapi sayangnya kita berada dalam dunia yang berbeza. Intanku ini masih terlau kecil untuk mengerti. Alfatihah buatmu ibu moga roh ibu dicucuri rahmat amin.

Selasa, 7 Jun 2011

Mobil Rusak Lagi@ JASA KEPADA RAKYAT

  Wah pening aku jadi orang kecil. Ada mobil tapi selalu buat hal. Hari ni bearing tayar rosak lagi. Semalam aku dah ganti belah kiri tup-tup on the way balik sebelah kanan plak buat hal. Dengar bunyi dah tau mesti bearing lagi yang kena. Susahnya jadi orang kecil kalau orang besar bearing tak berapa sangat la baru rm 25.00 tapi bagi orang sepertiku tinggi nilai tu biasa hidup di bandaraya. Tapi nak buat camna, kena beli juga.
   Dalam pada aku nak pegi beli bearing tu terfikir dalam hati camana bearing kereta kat KL ngan Selangor ni tak selalu rosak  kalau jalan macam jalan kampung. Nama gah dengan panggilan kotaraya, tapi try drive dari pusat bandar Puchong sampai sungai besi airport lalu masuk selayang terus ke bangsar ikut jalan trevers tahula camana rasanya. Kalau setakat guna iswara cnfrm skru banyak yang longgar. Tak caya tanya abang-abang teksi. Nak ketat skru kalau belah atas tak guna kos, sebab sendiri boleh buat kalau bawah camana? Pulus jawabnya.
   Bila difikirkan, orang atas ni pernah tak lalu jalan ni. Tp otak aku kata" la... dorang tu pakai mercy jadi jalan tak elok mana ada rasa" . Lagipun klo rosak takda hal pulus senang dapat lo... Macam ni adil juga sebab jalan kampung  ngan jalan bandar lebih kurang sama barula SATU MALAYSIA.

Isnin, 6 Jun 2011

Hari ini aku macam semalam.

  Semalaman aku tak tidur, asyik menyelusuri semua bloger yang ada. Sampai pada bloger yang menjadi idolaku aku jadi teruja untuk terus membaca ulasan beliau. Tertarik amat tertarik aku dengan cara beliau mengulas setiap isu yang berbangkit. Hebat bukan hanya seorang lawyer tapi bijak berhujah dalam isu yang berkaitan dengan keagamaan.
 Allah menciptakan manusia yang bijak untuk berhujah dalam apa keadaan pun sampai mampu melondehkan orang yang merasa dirinya terbaik dalam politik malaysia. Kesian orang itu asyik menghadapi masaalah dari mula terkena sampai ke hari ini.
  Dalam pada mataku mula terasa pedih sebab dah mengantuk otakku sempat berfikir dengan ligat, hebat sungguh orang besar ini kata-katanya mampu membuai setiap orang terutama orang kecil hingga orang kecil terlena dengan kesyahduan ungkapannya. Nasib baik aku tercipta jadi orang kecil kalau tak terpaksalah aku berguru dengan mereka untuk menjadi bijak berkata-kata walaupun banyak bohong dah. 

Ahad, 5 Jun 2011

Aku orang kecil engkau orang besar

Sudah ditakdirkan ada orang yang dilahirkan dengan kesenangan sejak dari dalam perut sampai kenal dunia.Aku plak lahir je alamak orang tua ku bukan dari manusia yang diberi kesenangan di dunia. Tapi aku bersyukur diberi nikmat lengkap seperti manusia biasa.Aku rasa bersyukur yang sesungguhnya orang tuaku bukan orang berada. Kalau tak aku rasa aku tak tahu cabaran sebenar dalam meniti hidup di dunia ni. Aku mungkin akan jadi angkuh bila melihat orang yang dalam keperitan malah meluat bila melihat mereka. Ditakdirkan keperitan hidup yang kulalui masa kecil menjadikan aku ingin keluar dari dunia itu.Ditakdirkan juga keperitan itulah yang manjadikan aku rasanya lebih berpengalaman dalam apa keadaan yang memerlukan aku mencari jalan keluar dari masalah itu.
Tapi aku tak jadi orang besar aku tetap jadi orang kecil bezanya aku senang hasil titik peluh bukan hasil derita orang kecil. Orang besar tetap dengan dunianya bergaya dengan kemewahan yang dicipta hasil orang kecil. Orang kecil mengagungkan orang besar tapi aku tak mahu. Pada aku orang kecil orang besar adalah satu adunan yang memerlukan. Orang besar takkan wujud tanpa orang kecil tapi sayangnya orang besar bila dah besar tak sedar diri malah merasa orang kecil itu beban baginya.