Isnin, 6 Jun 2011

Hari ini aku macam semalam.

  Semalaman aku tak tidur, asyik menyelusuri semua bloger yang ada. Sampai pada bloger yang menjadi idolaku aku jadi teruja untuk terus membaca ulasan beliau. Tertarik amat tertarik aku dengan cara beliau mengulas setiap isu yang berbangkit. Hebat bukan hanya seorang lawyer tapi bijak berhujah dalam isu yang berkaitan dengan keagamaan.
 Allah menciptakan manusia yang bijak untuk berhujah dalam apa keadaan pun sampai mampu melondehkan orang yang merasa dirinya terbaik dalam politik malaysia. Kesian orang itu asyik menghadapi masaalah dari mula terkena sampai ke hari ini.
  Dalam pada mataku mula terasa pedih sebab dah mengantuk otakku sempat berfikir dengan ligat, hebat sungguh orang besar ini kata-katanya mampu membuai setiap orang terutama orang kecil hingga orang kecil terlena dengan kesyahduan ungkapannya. Nasib baik aku tercipta jadi orang kecil kalau tak terpaksalah aku berguru dengan mereka untuk menjadi bijak berkata-kata walaupun banyak bohong dah. 

1 ulasan:

  1. Aku berbicara sekadar meluah yang tercerna dalam kepalaku. Aku tak tahu pedih atau tidak ungkapanku ampunkan aku dari mulanya.

    BalasPadam